Ekspedisi Trans GBB lewat lima hari keluar hutan, trek ditutup pokok rotan dan buluh
Enam pendaki ekspedisi Trans GBB (Gerah, Bilah dan Bieh) di Gunung Gerah, Kelantan, lewat lima hari keluar dari hutan kerana trek laluan ditutup pokok rotan dan buluh. Kumpulan itu, yang sepatutnya keluar pada 3 September, akhirnya selamat tiba di Kampung Agek selepas 11 hari pendakian.