Nahas helikopter doktor udara di Ulu Baram: Kabinet takziah, CAAM siasat
Jemaah Menteri Malaysia menzahirkan takziah kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas di lapangan terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak. Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata siasatan punca nahas oleh CAAM akan dibentangkan kepada kabinet selepas selesai.