Kedutaan AS ucap takziah nahas helikopter FDS di Ulu Baram, lima maut
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menyampaikan ucapan takziah berikutan nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak yang mengorbankan lima rakyat Malaysia. Mangsa merupakan kakitangan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang dalam perjalanan membawa perkhidmatan kesihatan ke kawasan pedalaman. Helikopter BO-105 itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang.