Kedai Pop-Up Capcom Kembali ke LaLaport Bukit Bintang Bermula 24 September Selama Tiga Bulan
Kedai pop-up Capcom akan kembali ke bahagian ACG Base di LaLaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 24 September hingga 27 Disember. Penganjur Justdan berkata tempoh yang lebih lama itu membolehkan barangan dikemas kini secara berkala, dan buat pertama kalinya, barangan eksklusif Malaysia akan dijual.