Timbalan Premier Sarawak gesa penduduk Lawas jaga kebersihan kampung
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menggesa penduduk di Lawas bekerjasama menjaga kebersihan kampung untuk menarik pengunjung. Beliau berkata demikian semasa melawat tapak projek pejabat pentadbiran JKKK dan Dewan Pasar Tamu Kampung Paterikan di Merapok Laut.