Timbalan Premier Sarawak galak penduduk Merapok ceburi ekopelancongan
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menggalakkan masyarakat di Merapok untuk menceburi aktiviti ekopelancongan dengan memanfaatkan biodiversiti setempat. Beliau berkata Pusat Maklumat Pelancongan di Kampung Paterikan, yang kini 99 peratus siap, boleh menjadi pusat penggerak aktiviti pelancongan dan membuka peluang ekonomi kepada penduduk.