Mayat lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Terbang Sarawak ditemui
Mayat kelima-lima mangsa nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak telah ditemui dan sedang diterbangkan ke Miri untuk proses pengecaman. Helikopter BO-105 itu terhempas berhampiran lapangan terbang Long Lellang semasa menjalankan misi Perkhidmatan Doktor Terbang. Siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara telah dimulakan.