PM Anwar: Pertandingan Bahas Piala PM pupuk keberanian, pemikiran kritis dalam kalangan belia
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri adalah platform untuk melahirkan belia yang berani, kritis, dan menghormati pandangan berbeza. Beliau berkata demikian dalam hantaran Facebook dan selepas bertemu peserta menjelang final edisi ke-51 di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Pertandingan ini bermula pada 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar.