Imigresen tahan 197 pekerja asing dalam serbuan di dua kawasan industri Pelabuhan Klang
Jabatan Imigresen Selangor menahan 197 pekerja asing tanpa izin dalam serbuan di sebuah kilang bateri motosikal dan gudang di Pelabuhan Klang. Operasi yang disertai 62 pegawai pelbagai agensi itu menyasarkan premis di Kawasan Perindustrian Pulau Indah dan Bandar Sultan Suleiman. Kesemua yang ditahan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.