Geopark Delta Sarawak meterai kerjasama antarabangsa pertama dengan Meratus Indonesia
Geopark Global UNESCO Delta Sarawak telah memeterai kerjasama antarabangsa pertamanya melalui pertukaran MoU dengan UGGp Meratus Indonesia. Majlis itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi pada Selasa. Kerjasama ini bertujuan mengukuhkan usaha rentas sempadan dalam pemuliharaan warisan, pembangunan mampan, dan kemajuan komuniti.