Zahid nasihat UMNO jangan sombong dengan kemenangan lalu
Presiden UMNO, Ahmad Zahid, mengingatkan kepimpinan dan ahli parti supaya tidak sombong dengan kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan. Amanat itu disampaikan dalam taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur. Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani, berkata parti perlu terus bekerja dan memperbaiki kelemahan untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.