Tiga warga Indonesia ditahan di Port Klang guna MyKad palsu untuk bekerja
Dalam Ops Layar di sebuah kilang percetakan di Bandar Sultan Suleiman, Port Klang, tiga wanita warga Indonesia ditahan kerana disyaki menggunakan salinan MyKad palsu. Dua daripada mereka mendakwa membayar antara RM200 hingga RM250 untuk mendapatkan dokumen palsu bagi memudahkan mereka bekerja selepas memasuki Malaysia secara haram.