Anak kebun UPM bawa pasukan ke Formula SAE Japan 2026
Aliman Zafran Yuslaimi, 23, dari Subang, Selangor, bermula dengan membaiki enjin motosikal lama di kebun sawit keluarganya di Kampung Serigala, Hulu Bernam. Kini beliau mengetuai pasukan Putra Motorsport Team UPM yang menyertai Formula SAE Japan 2026 di Aichi, Jepun pada Ogos lalu.