Penunggang motosikal maut di Flyover Boulevard Miri
Seorang penunggang motosikal maut selepas berlanggar dengan sebuah Proton Saga di Flyover Boulevard, Miri, sekitar 12.18 tengah malam. Pasukan Bomba dan Penyelamat Miri Sentral membersihkan tumpahan minyak di lokasi sebelum kes diserahkan kepada polis.