PNB gesa pelabur Bumiputera bina portfolio, bukan hanya dana harga tetap
Permodalan Nasional Bhd mahu pelabur Bumiputera membina portfolio pelaburan yang lebih menyeluruh dan bukan hanya bergantung pada dana harga tetap. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata ASB akan kekal sebagai produk teras dan PNB sedang membina rangkaian penyelesaian kewangan mengikut kitaran hidup pelanggan. ASNB kini menguruskan 18 dana unit amanah dengan lebih 300 bilion unit dalam edaran daripada lebih 15 juta akaun.