Pearly-Thinaah yakin tiada yang mustahil menjelang Sukan Asia 2026
Pearly Tan dan M Thinaah percaya tiada yang mustahil pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan enggan meletakkan had pada peluang memburu pingat untuk Malaysia. Thinaah berkata persiapan mereka berjalan baik selepas pulang dari Masters China, manakala Pearly mengaku sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang berulang. Gandingan itu dijangka menjadi sandaran Malaysia dalam badminton pada temasya 19 September hingga 4 Oktober itu.