Pemandu lori didenda RM30,000 kerana hantar video lucah bekas isteri
Seorang pemandu lori di Seremban didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami baharu wanita itu melalui WhatsApp. Mohd Suhaimi Yusof, 50, dikenakan RM6,000 bagi setiap lima pertuduhan, dengan dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda. Kesalahan dilakukan pada 22 Mac 2023 di sebuah premis di Mantin.