MAKAF janji Proton e.MAS kepada pemenang emas karate Sukan Asia
Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menjanjikan sebuah kereta Proton e.MAS kepada mana-mana atlet karate negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Presidennya Datuk Nur Azmi Ahmad berkata ganjaran itu adalah motivasi tambahan buat tujuh atlet yang akan dihantar, dengan sasaran sekurang-kurangnya satu emas. Pengumuman itu dibuat selepas majlis simbolik di Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur.