Jasad Alexson Adit Henry dibawa ke Desa Senadin selepas bedah siasat
Keluarga mendiang pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa, masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum menetapkan tarikh pengebumian. Jasadnya akan dibawa ke kediamannya di Desa Senadin, Miri, selepas proses bedah siasat selesai. Nahas itu turut meragut nyawa juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Dr Ainul Baraah Kamaruddin serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.