Rumah siap tidak terjual naik 8.6 peratus kepada 33,094 unit, nilai RM17.78 bilion
Bilangan kediaman siap dibina yang belum terjual meningkat 8.6 peratus kepada 33,094 unit bernilai RM17.78 bilion pada separuh pertama 2026, berbanding 30,471 unit bernilai RM17.73 bilion pada 2025. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata isu ini bukan saja membabitkan rumah berharga tinggi, malah ketara dalam segmen rumah mampu milik dan harga pertengahan, serta pangsapuri khidmat. Beliau menekankan pemaju dan pihak berkuasa tempatan perlu menggunakan data NAPIC sebelum melancarkan projek baharu.