Pasukan tali skipping SMJK Ken Hwa tempat keempat di kejohanan kebangsaan
Pasukan tali skipping SMJK Ken Hwa dari Keningau, Sabah menduduki tempat keempat dalam acara Figure 8 pada Kejohanan Tali Skipping Kebangsaan 2026. Kejohanan itu berlangsung di Sunsuria Forum, Setia Alam, Shah Alam, Selangor dari 20 hingga 22 Ogos, dengan penyertaan 59 buah sekolah. Pasukan lapan pelajar Tingkatan Satu dan Dua itu turut bersaing dalam acara 4 x 30s Speed Relay.