Abdullah Saidol: pemutarbelitan sejarah Malaysia di media sosial cabaran utama
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Abdullah Saidol, berkata pemutarbelitan sejarah pembentukan Malaysia di media sosial menjadi cabaran utama menjelang sambutan Hari Malaysia. Beliau berkata kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap kenyataan yang melanggar undang-undang, berunsur fitnah atau menimbulkan kegusaran. Beliau berkata demikian selepas Sesi Pratonton Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Plaza Merdeka, Kuching.