Nestlé Malaysia labur RM500,000 untuk program belia Nescafé
Nestlé Malaysia melalui Nescafé memperuntukkan sehingga RM500,000 untuk menyokong belia Malaysia merealisasikan impian dan membangunkan syarikat pemula niaga. Inisiatif 'Nescafé Hidupkan Duniamu' menawarkan sokongan mentor dan pembiayaan, dengan penyertaan dibuka 1 Oktober melalui video TikTok 90 saat. Pelaburan itu diumumkan di Putrajaya dan menyusuli penglibatan Nescafé bersama petugas barisan hadapan sejak Mei.