Isteri juruterbang FDS kongsi luahan, kenangan terakhir bersama keluarga
Tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Ulu Baram, Sarawak mengorbankan Kapten Zainol Afiq Bee Sham dan Alexson Adit Henry. Isteri kedua-dua mangsa berkongsi luahan pilu di media sosial, termasuk gambar terakhir keluarga Alexson bersama dua anaknya. Tiga petugas Kementerian Kesihatan turut terkorban dalam kejadian berhampiran pangkalan udara Long Lellang itu.