Tiga beranak maut rumah terbakar di Taman Titiwangsa, Kluang
Tiga beranak ditemui maut selepas rumah teres dua tingkat mereka terbakar di Taman Titiwangsa, Kluang, malam tadi. Jiran cuba memanjat bumbung dan menyimbah air untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal kerana api marak. Bedah siasat dijalankan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom sebelum jenazah dikebumikan di Kampung Bentong Dalam.