Kebakaran di Kluang ragut nyawa isteri dan dua anak veteran tentera
Kebakaran di sebuah rumah di Taman Titiwangsa, Kluang, mengorbankan seorang wanita berusia 49 tahun dan dua anak lelakinya, masing-masing berusia 18 dan 11 tahun, malam Selasa lalu. Bapa mereka, seorang veteran tentera, terselamat selepas cuba memadamkan api dan berkata kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan berpelukan. Jenazah ketiga-tiga mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Dalam.