Sarikei catat bacaan IPU tidak sihat tertinggi di Sarawak, 184
Dua belas stesen pemantauan kualiti udara di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat pada 4 petang, dengan Sarikei tertinggi pada 184. Serian menyusul pada 182, diikuti Lundu (180), Samarahan (175) dan Kuching (172). Pusat Meteorologi Khas ASEAN memberi amaran risiko jerebu rentas sempadan berterusan akibat cuaca kering di selatan Borneo dan Sumatera.