Sarawak Plantation dijangka catat 3Q26 lebih kukuh
Sarawak Plantation Bhd dijangka mencatat prestasi lebih kukuh pada suku ketiga 2026 apabila kawasan matang baharu hasil program tanam semula mula menyumbang kepada pengeluaran. Phillip Research berkata pengeluaran buah tandan segar Julai hampir 32,000 tan dan Ogos kira-kira 37,000 tan, dengan September dijangka menjadi puncak bermusim. Cuaca kering yang melanda Sarawak dipantau sebagai risiko jangka pendek, tetapi kesannya belum ketara.