SPRM tahan 11 individu dipercayai sindiket dokumen pemilikan kenderaan di Perak
Seramai 11 orang, termasuk enam penjawat awam, ditahan di Perak kerana disyaki terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen pemindahan pemilikan kenderaan dan merasuah pegawai penguat kuasa. Mereka ditahan di pejabat SPRM Perak dan direman sehingga 14 September selepas siasatan risikan enam bulan bersama JPJ.