Pengikut Hwang Jung-min didenda RM18,000 dan diarah ikut kursus anti-stalking
Sebuah mahkamah Korea Selatan mendenda seorang wanita 6 juta won (kira-kira RM18,156) kerana menghendap bintang filem Hwang Jung-min dan mengarahkannya mengikuti kursus anti-stalking 40 jam. Cawangan Goyang Mahkamah Daerah Uijeongbu mendapati kiriman mesej teksnya yang bertubi-tubi menyebabkan kebimbangan dan ketakutan kepada pelakon itu. Wanita itu mendakwa di media sosial bahawa dia sedang menjalin hubungan dengan Hwang, yang dinafikan agensinya.