Serian tertinggi IPU 183, 11 kawasan catat udara tidak sihat
Serian di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tertinggi negara iaitu 183 setakat 5.30 petang hari ini, dengan 11 kawasan seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat. Sarawak mendominasi bacaan tersebut, dengan Sarikei 182 dan Samarahan 176, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur mencatat 167. Jerebu ini berikutan aktiviti titik panas berterusan di Kalimantan dan Sumatra.