HHRG lantik semula Dato Ammar sebagai pengarah eksekutif
HHRG Bhd telah menukar jawatan Dato Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim daripada timbalan pengerusi eksekutif kepada pengarah eksekutif, berkuat kuasa 10 September 2026. Ammar, 64, ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang bersara daripada perkhidmatan awam pada 2022 dan memegang 310,000 saham HHRG. Langkah itu menyusuli pelantikan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim sebagai pengerusi eksekutif pada 4 September.