Warga emas di Kuching rugi RM220,000 ditipu pelaburan saham palsu
Seorang lelaki berusia 74 tahun di Kuching, Sarawak kerugian RM220,000 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook. Mangsa membuat lapan transaksi pindahan dalam talian ke empat akaun bank berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan. Polis Kuching menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.