Kedutaan Malaysia di Jakarta nasihat rakyat semak status penerbangan
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Indonesia supaya menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing. Tujuh lapangan terbang termasuk Soekarno-Hatta ditutup sementara akibat abu gunung berapi Anak Krakatau dan dibuka semula pada Isnin, tetapi jadual penerbangan masih diselaraskan. Sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas pada 6 dan 7 September dilaporkan telah selamat kembali.