Rundi: Dadah dan judi dalam talian ancam keluarga luar bandar
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, memberi amaran bahawa penyalahgunaan dadah dan judi dalam talian menjejaskan keluarga di kawasan luar bandar. Beliau berkata pil 'batu' dijual kepada penduduk rumah panjang dan judi dalam talian menyebabkan hutang. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek MRP bagi kawasan DUN Kemena di Pejabat Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu pada Khamis.