Bekas pesakit kenang Adit, jumpa cop dan nama pada kad klinik lama
Seorang bekas pesakit di Bekenu, Sarawak, menemui semula kad klinik lamanya yang mengandungi nama dan cop mendiang Alexson Adit Henry, Pembantu Pegawai Perubatan yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang. Adit pernah bertugas di Klinik Kesihatan Bekenu sebelum menyertai FDS. Nahas di Lapangan Terbang STOL Long Lellang, Ulu Baram pada Selasa lalu itu meragut lima nyawa.