Anwar tiba di SICC Kota Kinabalu, pengerusikan mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 8.16 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026. Beliau tiba bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Mesyuarat itu membincangkan perkembangan pelaksanaan MA63 yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak.