Abdullah Saidol: Fakta pembentukan Malaysia perlu disampaikan dalam perspektif betul
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkata fakta mengenai pembentukan Malaysia perlu disampaikan dalam perspektif yang betul bagi mengelak kekeliruan, terutama berikutan tafsiran bercanggah di media sosial. Beliau berkata demikian di Kuching selepas pratonton Pameran Hari Malaysia 2026 di Plaza Merdeka, yang berlangsung dari 10 hingga 16 September dan memaparkan dokumen penting termasuk Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia 1963.