BMW Malaysia tambah 50 unit lagi 218 Gran Coupe M Sport pada RM192,800
BMW Malaysia membuka peruntukan kedua sebanyak 50 unit BMW 218 Gran Coupe M Sport yang dipasang secara tempatan selepas permintaan tinggi, menjadikan jumlah keseluruhan 100 unit. Kereta itu berharga RM192,800 atas jalan tanpa insurans, atau RM204,800 dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive empat tahun. Ia dikuasakan enjin turbo tiga silinder 1.5 liter yang menghasilkan 156hp dan 230Nm.