Pekerja maut selepas struktur perancah runtuh di tapak pembinaan Bukit Mertajam
Seorang pekerja maut selepas struktur sementara yang menyokong perancah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Bukit Mertajam pada 8 September. Mangsa terjatuh dari tingkat lapan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. JKKP Pulau Pinang mengeluarkan arahan henti kerja dan menjalankan siasatan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.