Tukang masak warga Thailand ditahan JPJ kerana LKM tamat tempoh
Seorang tukang masak warga Thailand ditahan di Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur kerana memandu Mercedes dengan lesen kenderaan motor tamat tempoh. Dalam Ops Luxury yang sama, seorang pemandu warga China ditahan di Jalan Stonor kerana tiada lesen memandu kompeten. Kedua-dua kenderaan disita di JPJ Kuala Lumpur untuk siasatan.