BYD Atto 3 Performance dilancarkan, 69 unit sempena Merdeka
BYD Sime Motors telah memperkenalkan BYD Atto 3 Performance 2026, sebuah SUV elektrik edisi terhad dengan hanya 69 unit diperuntukkan untuk Malaysia sempena Merdeka ke-69 negara. Varian ini menghasilkan 330kW dan 560Nm melalui sistem pacuan semua roda, dengan bateri Blade 74.88kWh dan jarak NEDC yang didakwa 530km, berharga RM149,800. Ia boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran sah mulai hari ini, dengan acara pengalaman pelanggan dari 11-13 September.