Sarawak Energy teliti 24 aduan bil elektrik, buka kaunter khas
Saluran 122
Sarawak Energy telah menghubungi 24 pemegang akaun yang mengadu tentang bil elektrik di media sosial dan sedang meneliti setiap kes. Syarikat itu berkata kenaikan bil mungkin berpunca daripada penggunaan lebih tinggi, pelarasan anggaran meter atau baki tertunggak, dan akan membuat pelarasan atau pengecualian jika terbukti. Kaunter perkhidmatan khas akan dibuka di empat lokasi di Sarawak pada September.