14 kawasan catat IPU tidak sihat akibat jerebu, 11 di Sarawak
Empat belas kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu sehingga 9 pagi Jumaat. Sebelas daripadanya di Sarawak, termasuk IPD Serian (197), Kuching (181) dan Samarahan (179), manakala yang lain ialah Politeknik Kota Kinabalu di Sabah (150), Pasir Gudang di Johor (109) dan Wilayah Persekutuan Labuan (103).