Penunggang motosikal Singapura tersesat di Bukit Tiram diselamatkan polis
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Singapura terkandas di laluan keluar Bukit Tiram, Bandar Cemerlang, Ulu Tiram, selepas motosikalnya rosak dan baterinya habis. Anggota Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Ulu Tiram menemui lelaki itu dalam keadaan letih tetapi tidak cedera dan membantunya keluar dari laluan tersebut.