Rosman: Pearly-Thinaah boleh raih pingat Asian Games, tetapi sukar
Jurulatih beregu wanita negara Rosman Razak berkata Pearly Tan-M. Thinaah masih mampu meraih pingat di Asian Games Aichi-Nagoya, tetapi mengakui prestasi mereka belum pulih sepenuhnya selepas kecederaan belakang Pearly. Beliau berkata demikian selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, pada Jumaat.