Anwar mahu MA63 dijadikan naratif kebangsaan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan sebahagian daripada naratif kebangsaan, bukan sekadar isu Sabah dan Sarawak. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu hari ini. Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg turut hadir, dengan Abang Johari menyokong cadangan itu.