Maybank selesai ambil alih baki 30.95% saham Maybank Ageas
Maybank telah menyelesaikan pengambilalihan baki 30.95 peratus pegangan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd, menjadikannya pemilik penuh syarikat induk perniagaan insurans dan takaful Etiqa di Malaysia dan Singapura. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli, berkata langkah itu mengukuhkan kedudukan Etiqa sebagai juara insurans dan takaful nasional serta menyokong strategi ROAR30 kumpulan itu.