Abdullah Saidol: Komunikasi jadikan kepelbagaian Sarawak kekuatan
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkata komunikasi menjadikan kepelbagaian kaum, bahasa dan kepercayaan di negeri itu sebagai kekuatan. Berucap pada Persidangan Antarabangsa Komunikasi dan Media ke-10 (i-COME'26) di Muzium Budaya Borneo, Kuching pada Jumaat, beliau memberi amaran bahawa naratif palsu membabitkan kaum dan agama boleh mencetuskan kekacauan dan menggesa media menjauhi clickbait. Beliau turut menyaksikan pertukaran Letter of Intent antara Ukas dan UUM.