Anthropic: Claude digunakan bina sistem sasaran pengundi bagi semua 222 kerusi Parlimen Malaysia
Anthropic mendakwa ia menutup sebuah platform manipulasi pilihan raya komersial yang menyasarkan pengundi Malaysia, dibina menggunakan model AI Claude dan jutaan rekod pengundi untuk memprofil semua 222 kawasan Parlimen. Operasi itu menggunakan kira-kira 1,000 akaun X palsu, laman berita palsu dan dokumen risikan rekaan, dan Anthropic mengaitkannya dengan BBS Bilisim Teknolojileri yang berpangkalan di Istanbul. Syarikat itu tidak menyatakan siapa membiayai kerja di Malaysia atau bila ia berlangsung, dan pihak berkuasa Malaysia belum memberi komen.